sir you have to give me money

Alhamdulillah, pada tahun 2014 aku dipanggil sekali lagi oleh Allah untuk mengerjakan umrah. Kali ini aku memilih untuk pergi pada musim sejuk pula berbanding  tahun 2012 yang aku dan isteri pergi pada musim panas.
Pada tahun 2014, berlaku banyak pembinaan sehinggakan kawasan saie ditutup dengan plywood hingga tidak nampak kaabah semasa ibadat saie dilakukan. Tidak seperti tahun 2012, hampir sepanjang perjalanan safa marwah, kita masih boleh melihat kaabah dengan jelas.
Suatu hari usai solat asar, sambil berdiri aku bersandar pada satu tiang menghantar sms pada seorang kawan. Kami berjanji untuk berjumpa dan pergi makan di menara jam besar.
Sedang leka membalas sms, tiba-tiba terpacak dua orang budak arab, berjubah agak simple dan  berketayap seperti  aladin sebelum dia berjumpa lambu ajaibnya.
Tanpa salam, tanpa senyum  salah seorang berkata dengan yakinnya.  Sir, you have to give me money!
Amboi ! budak arab ni. Nak mintak duit macam nak mintak hutang la pulak. Getus hati ku. Cuak juga aku. Siapa mereka ni? Betulkah mereka ini manusia atau malaikat yang dihantar Allah untuk menguji aku? Aku tengok mereka atas hingga ke bawah. Ada kakinya dan menjejak lantai. Sah manusia.
Dalam hati aku berkata, Hebat juga budak arab ni. Berani speaking dengan aku walaupun agak kasar tapi begitu lah perangai  orang arab. Kebanyakannya agak kasar dan kurang tahu ‘adap’ melayu. Agak sukar untuk berjumpa orang arab tempataan yang boleh berbahasa inggeris.  Aku nak try kebolehan  budak arab ni pulak.
Why I have to give you money? Soal aku.
Tersentak dan terpinga-pinga mereka dengan soalan aku. Memandang antara satu sama lain. Bukan aku tak mahu bagi duit tapi saja mahu bersembang dengan mereka. Memang niat nak bagi itu ada dan akan bagi sedikit duit.
Selepas beberapa detik dia berkata, “because you are hajj”.
Gelak aku dalam hati dengar jawapan mereka.  Why a hajj have to give money? Aku tau aku pun broken macam mereka, tapi yang paling penting mereka faham apa yang aku sampaikan.
Because, it is a sedaqah.  Tingkahnya secara spontan. Hebat.
Ok. I want to give you this. Kata aku sambil mengeluarkan satu pek buah kurma yang aku dapat sebelum soalt asar tadi dan menghulurkan kepada mereka. One for you dan one more for your friend, tambah aku lagi.
Aku terus menghulurkan pek kurma pada mereka dan mereka seperti tak boleh nak kata apa-apa sebab ianya adalah sedaqah seperti yang mereka katakana sebelum ni. Ketawa aku dalam hati melihat mereka termanggu.
Sedang aku terhibur dengan gelagat mereka, lewat seorang lelaki yang aku agak dari Bangladesh menghulur tangan meminta pek kurma. Alamak! Habis la modal aku. Melihat kesungguhan lelaki itu akupun beri kepadanya.
Ok, I give you this as a sadaqah, sambal menghulurkan sebotol air zam-zam.
I don’t  want zam-zam.
Why?
Because I can get  it from anywhere, kata budak berketayap aladin tadi.
Aku sebenarnya kagum dengan sikap mereka. Penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh walaupun dengan keterbatasan bahasa. Apa yang penting, aku faham apa mereka mahu dan mereka faham apa yang aku tanya mereka.
Ok. You wait here.
Lantas aku beredar ke sebalik  tiang untuk mengambil duit kerana duit aku bercampur-campur antara duit  nilai kecil dan besar.  aku mengambil langkah berjaga-jaga, tidak mahu mengeluarkan duit di hadapan mereka. Bukan mahu bersangka buruk tapi aku tidak mahu membuka peluang kepada mereka. Aku menghulurkan sedikit wang kepada mereka.
Mereka ambil duit dari tangan aku. Tanpa berkata apa-apa mereka  terus  berlari mencelah orang ramai dan dalam masa beberapa saat saja mereka sudah berada di tepi dinding yang jaraknya aku agak sekitar 50 meter dari tempat aku berdiri.
Hebat. Kalau lah berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku, aku rasa aku tak mampu untuk mengejar mereka. Aku fikir tindakan aku berselindung semasa mengambil duit tadi adalah satu tindakan yang tepat.



Comments