Posts

sir you have to give me money

Alhamdulillah, pada tahun 2014 aku dipanggil sekali lagi oleh Allah untuk mengerjakan umrah. Kali ini aku memilih untuk pergi pada musim sejuk pula berbanding  tahun 2012 yang aku dan isteri pergi pada musim panas. Pada tahun 2014, berlaku banyak pembinaan sehinggakan kawasan saie ditutup dengan plywood hingga tidak nampak kaabah semasa ibadat saie dilakukan. Tidak seperti tahun 2012, hampir sepanjang perjalanan safa marwah, kita masih boleh melihat kaabah dengan jelas. Suatu hari usai solat asar, sambil berdiri aku bersandar pada satu tiang menghantar sms pada seorang kawan. Kami berjanji untuk berjumpa dan pergi makan di menara jam besar. Sedang leka membalas sms, tiba-tiba terpacak dua orang budak arab, berjubah agak simple dan  berketayap seperti  aladin sebelum dia berjumpa lambu ajaibnya. Tanpa salam, tanpa senyum  salah seorang berkata dengan yakinnya.  Sir, you have to give me money! Amboi ! budak arab ni. Nak mintak duit macam nak mintak hutang la pulak. Getus hati